DAH SEDIA UNTUK DNS FLAG DAY?

DNS Flag Day

Bermula dari 1 Februari 2019, organisasi atau operator dibelakang tabir yang mengimplementasi DNS (Domain Name System) akan lancarkan code yang mungkin akan rosakkan website korang. Hari itu dinamakan DNS Flag Day.

Secara ringkas, DNS (Domain Name System) ni adalah satu sistem yang menukarkan alamat IP kepada nama yang mudah di taip seperti GOOGLE.com dan RABA.my.

Apesal developer-developer tu nak rosakkan website orang?

Sebenarnya bukan nak rosakkan, tapi sedar tak sedar sebenarnya dah lama developer tu duk ubah suai code supaya website anda boleh terima dengan kaedah lama implementasi DNS tu. Jadi dah tiba masa dorang nak move-on untuk gunakan kaedah yang terbaru yang terbukti jauh lebih elok.

Kalau nak semak website anda, layari laman sesawang rasmi DNS Flag Day disini: https://dnsflagday.net/ . Kat sini disertakan maklumat-maklumat yang lebih terperinci pasal DNS.

Nak dijadikan sejarah, idea implementasi DNS ni bermula sejak tahun 1979 yang diberi nama IEN 116. Kemudian kaedah baru dibina RFC 882 & 883 untuk digunakan secara umum pada 1983. Pada tahun 1999, EDNS ataupun Extended DNS (RFC2671 dan RFC6891) diperkenalkan yang dijadikan benchmark untuk implementasi DNS sehingga kini.

Jika domain anda masih gunakan implementasi DNS yang lama dari EDNS, laman sesawang anda mungkin dalam bahaya sebab pada tarikh 1 Februari 2019 tu, kaedah implementasi DNS yang lama akan diberhentikan serta-merta.

Jadi, Dah Sedia Untuk DNS Flag Day?


Berikut merupakan keputusan-keputusan yang anda mungkin dapat.

1-dnsflagday


2-dnsflagday


3-dnsflagday


4-dnsflagday


Jangan lupa semak domain anda disini: https://dnsflagday.net/

InfoNewsUpdates

dnsdns flag dayrabaraba servicesservices

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *